PUSAT KOKURIKULUM NEGERI PERAK
CAWANGAN BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR
SELAMAT DATANG
Thursday, 31 July 2014
BACKPACKERS 2014 (PENANG - SILAU DUNIA - MEDAN - BANDA ACHEH)
Tarikh : 08 - 12 DISEMBER 2014
Perjalanan pergi (sehala):
Jalan pantai sekitar 9 jam 30 minit.
Jalan taman nasional Gunung Lauser sekitar 15jam 30 minit
Insya Allah makanan dan minuman sepanjang di Acheh dijamin halal
terdapat juga tempat-tempat membeli belah di sekitar banda Acheh walaupun tidak semeriah di Bandung, Bukittinggi mahupun Medan
Pergerakan yang dirancang:
07.12.2014 : Berkumpul dan bermalam di Kuala Kangsar
08.12.2014 : Bergerak ke International Airport Bayan Lepas
Berangkat ke International Airport Kuala Namu, Medan
Bersama Pak Samsul ke Banda Acheh
Jangkaan sampai sesudah magrib (check inn)
09.12.2014 : Pengembaraan Acheh
Tempat-tempat sejarah Tsunami
Menyampaikan sumbangan
Shopping
Cenderahati (Rencong) insya Allah
PETA RUJUKAN:
PETA PERJALANAN KUALA NAMU - MEDAN - BANDA ACHEH
10.12.2014 : Bertolak ke Kota Medan
Check inn
11.12.2014 : Rayau2 Kota Medan
Bertolak ke Perkebunan Silau Dunia (Desa, Buang Jin, Gudang Garam)
Bermalam di desa
12.12.2014 : Bergerak pulang ke Malaysia
LINK PENTING UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN:
BACKPACKERS MEDAN-ACHEH
KEMBARA KEINSAFAN ACHEH
TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI ACHEH
BANDA ACHEH BACKPACKER GUIDE
Istana Maimun (Kota Medan)
Sumber GAMBAR 1,2,3 DAN 4: nota-kembara.blogspot.com
Saturday, 26 July 2014
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PKNC KUALA KANGSAR (14 JULAI 2014)
Ketika rakan taulan dan sahabat handai serta semua umat islam sedang tekun dan ceria menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan, bagai halilintar membelah bumi berita penutupan PKNC KUALA kangsar oleh YB Ketua Unit Pusat Kokurikulum Perak. Walaupun pengumuman itu agak kebudak-budakan tanpa sebarang siaran rasmi atau perjumpaan rasmi atau apa2 yang rasmi, namun yang berkuasa tetap berkuasa. Sekadar SMS atau Panggilan telefon sahaja sudah dikira `rasmi`.
14 Julai adalah tarikh keramat di mana para jurulatih yang pernah bermandi peluh, bersengkang mata dalam merealisasikan sebuah kem pendidikan luar. Mereka berkumpul kembali mengenang dan bersilaturrahim buat kali terakhir sebagai jurulatih pknc kuala kangsar.
Sememangnya jarang berlaku kebaikan dibalas dengan kezaliman, namun kadangkala tetap berlaku sesuai dengan keadaan para yang berkuasa. Hanya Yang Maha Berkuasa Allah sahaja yang mampu membalasnya.
KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENAIKKAN DAN MENJATUHKAN PKNC KUALA KANGSAR, TERIMA KASIH DIUCAPKAN. HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA.
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI BEKAS-BEKAS JURULATIH PKNC KUALA KANGSAR
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)