SELAMAT DATANG

Tuesday, 12 November 2013

GUNUNG MERAPI (2,891M) SUMATERA BARAT




Gunung Marapi merupakan sebuah gunung berapi yang terletak provinsi Sumatera Barat, di pulau Sumatera, Indonesia, iaitu berhampiran bandar Bukittinggi. Ketinggian gunung ini 2,891 meter. Gunung ini tergolong sebagai gunung yang paling aktif di Sumatra.
Gunung Marapi mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

PENDAKIAN


PENDAKIAN GUNUNG MERAPI SUMATERA BARAT

Gunung Merapi merupakan gunung aktif terletak di kabupaten Tanah Datar Sumatera Barat. Terdapat beberapa jalur pendakian di jalur ini, namun titik start yang biasa digunakan orang untuk melakukan pendakian disini adalah dari Koto Baru.

Sebelum melakukan pendakian, biasanya para pendaki menyiapkan beberapa perbekalan pendakian yang masih kurang di pasar Koto Baru ini. Disini juga kita bisa makan dan beristirahat dan bercengkrama dengan pendaki yang lain.

Untuk lebih manariknya, sebaiknya melakukan pendakian di gunung ini dilakukan pada pagi hari. Selain untuk masalah kesehatan, selama pendakian kita juga dapat menikmati pemandangan yang menarik disepanjang jalur pendakian ini. Dari pasar koto baru menuju pos pendakian kita bisa memilih antara memulai dengan jalan kaki atau angkutan pedesaan yang menuju ke pos pendakian. Kalau kita memilih dengan berjalan kaki, membutuhkan waktu kira lebih kurang 30 menit untuk sampai di pos pendakian.
Dari pos pendakian perjalanan dilanjutkan menuju parak batuang dengan melewati perkebunan penduduk. Di parak batuang kita bisa menikmati segarnya udara gunung berapi dan mengisi botol minuman di sumber air yang terdapat didaerah ini.

Dari parak batuang, perjalanan kita lanjutkan menuju puncak gunung berapi. Dari sini membutuhkan wakut pendakian kira-kira 5 jam untuk mencapi puncak. Perjalanan di isi dengan pemandangan hutan tropis dan beberapa jalur pendakian yang cukup terjal.

Setelah sampai di puncak, sebaiknya ki ta memilih lokasi di cadas untuk tempat camp (berkemah). Untuk mencapai puncak sebaiknya dilakukan shubuh, sehingga kita bisa menikmati pemandangan matahari terbit (sunrise) gunung merapi ini dan menikmati pemandangan yang mempesona di Gunung Merapi ini dipagi hari. Dari Puncak gunung merapi ini kita dapat menikmati pemandangan kota bukittinggi, gunung singgalang, pemandangan danau Singkarak yang berada di kabupaten solok.



AKSES

Dari kota Padang / Bandara International Minang Kabau kita menggunakan tranpsortasi umum menuju Bukittinggi dan berhenti di Pasar Koto Baru dengan biaya Rp. 15.000,- / orang.







Tuesday, 24 September 2013

GUNUNG BUBU (KUALA KANGSAR, PERAK)











 

Gunung Bubu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.












TREKKING ROUTE

Pendaki boleh mendapatkan perkhidmatan Bas dari Kuala Kangsar untuk ke checkpoint yang pertama. Pendakian bermula dari Taman Rekreasi Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak iaitu berdekatan dengan Kem Biro Tata Negara. Perjalanan menuju ke Kem Sg Gading mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pendaki boleh bermalam di situ dan kem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa. Hari seterusnya, pendaki boleh meneruskan pendakian sehingga ke Puncak Gunung Bubu di mana ia memakan masa 4 hingga 5 jam. Perjalanan tersebut juga akan melalui punca air terakhir (Last Water Point) dan pendaki boleh mendapatkan bekalan minuman di lokasi tersebut. Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil dan pendaki boleh bermalam di Kem Batu Dinding yang kira-kira 15 minit perjalanan dari puncak. Untuk pendakian ke puncak, pendaki juga boleh meninggalkan haversack di Kem Sg Gading dan hanya membawa daypack. Perjalanan turun dari puncak ke Kem Sg Gading memakan masa 2 hingga 3 jam. Pendaki boleh bermalam semula di Kem Sg Gading atau terus ke kembali ke tempat mula pendakian di mana ia memakan masa 3 hingga 4 jam


KEMALANGAN

Pernah berlaku kemalangan di mana pendaki yang bermalam di puncak Gunung Bubu di panah petir sehingga menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, pendaki dinasihatkan untuk tidak bermalam di puncak sebaliknya boleh bermalam di Kem Sg Gading ataupun Kem Batu Dinding.


 *** Sila emailkan kepada pknckualakangsar@gmail.com untuk khidmat nasihat dan keterangan lanjut...





                   ------------------- SAVE OUR NATURE ------------------------








Sunday, 22 September 2013

KEM KEPIMPINAN DAN DAKWAH UNIT BERUNIFORM

SK. KAMPUNG BAHAGIA DAN SK. PENGKALAN
TELUK INTAN, PERAK
SIRI 12/2013

Jumlah pelajar   : 160 orang
                              Pelajar tahun 4 - 6

Guru                    : 24 orang
Jurulatih              : 30 orang

 
 AKTIVITI:

Kraf Perkhemahan
Oreinteering
Berakit di Sg. Perak
Ikhtiar hidup
Qiamullail
Bacaan yaasin dan solat berjemaah 5 waktu 
Ceramah Motivasi
Permainan Koperatif
Flying Fox
Aktiviti Low Element

PENGHARGAAN :

KEPADA PUSAT KOKURIKULUM NEGERI PERAK (PKNP), KETUA JURULATIH PKN, RAKAN JURULATIH YANG BERTUGAS, STAF PKN YANG BERDEDIKASI, GURU-GURU PENGIRING SERTA PARA PESERTA KEM SIRI 12/2013...

TERIMA KASIH DAUN KELADI..








Saturday, 31 August 2013

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN


ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.


Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!


Wednesday, 10 July 2013

CADANGAN TENTATIF 4H 3M PADANG - BUKITTINGGI (PKNCKUALAKANGSAR) 2-5 NOVEMBER 2013







Itinerary :

DAY 01 : PADANG ~ MANINJAU - BUKITTINGGI (MT, MM)
  Tiba di Bandara International Minangkabau.
  Bertolak ke Bukittinggi, berhenti sejenak di Air Terjun Lembah Anai
  Makan tengah hari di Local restoran.
  Melawat ke koto gadang  kerajinan perak
  Melawat ke Tasik Maninjau
    Bertolak ke Bukittinggi
  Check-in hotel
  Makan malam di local restoran.


DAY 02 : BUKITTINGGI ~ MINANGKABAU (SP,MT,MM)
  Sarapan pagi di hotel
  Melawat ke sulaman  Hj Rosma di Kampong Baso.
  Melawat ke Tabek Patah , pembuatan kopi dan kripik pisang.
  Melawat Batu sangkar melihat Istana Pagaruyung
  Makan tengah hari di lokal restoran.
  Melawat ke Tasik Singkarak, kembali ke Bukittinggi.
  Melawat ke  Pasar Atas dan Jam Gadang
  Makan Malam di lokal restoran.

.
DAY 03 : BUKITTINGGI ~ PADANG (SP)
  Sarapan pagi di hotel
  Melawat ke Taman Panorama Ngarai Sianok
  Bertolak menuju Padang
    City tour Padang, acara bebas ( pantai/ paragliding)
   Lawatan dan silaturrahmi bersama anak-anak  MAPALA UNAND/   
       PROKLAMATOR BUNG HATTA
  Makan Malam di local restaurant.
  Check in Hotel untuk Istirahat.

 
DAY 04 : PADANG ~ DEPARTURE (SP)
  Sarapan pagi di hotel
  Bertolak menuju airport


** SEGALA PERUBAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEADAAN SEMASA DAN KUASA PENGANJUR



Tuesday, 9 July 2013

TANTANGAN ARUNG JERAM BATANG TARUSAN (SUMATERA BARAT)

INSYAALLAH BAKAL MENJADI TEMPAT BERMAIN JUAK2 PKNCKUALAKANGSAR NOVEMBER 2013



Sungai (di Sumatera Barat disebut Batang) ini terlihat jelas dari jalan lintas Padang-Painan yang berhulu dari Danau Diatas dan memiliki debit air relatif stabil meskipun di musim kemarau. Transportasi menuju lancar ke daeran inipun salah satu faktor pendukung untuk mengembangkan Batang Tarusan sebagai objek wisata petualangan.Apalagi kalau berangkat dari ibukota propinsi: Kota Padang.


Perjalanan menuju titik start pengarungan dapat ditempuh selama 1-2 jam dari Kota Padang. Hijaunya alam dipadu jernihnya air sungai serta ganasnya jeram tentu akan memberikan kenikmatan tersendiri bagi wisatawan yang menyukai kegiatan petualangan.

Sungai ini sangat layak diarungi dengan tingkat kesulitan menengah (grade 2+ sampai 3). Namun di musim penghujan, tingkat kesulitannya akan bertambah, mencapai grade 4+.

Pengarungan biasanya dimulai dari Desa Taratak yang terletak sekira 20 menit dari jalan lintas dengan lama pengarungan 2-3 jam. Wisatawan yang telah berpengalaman dapat memulai pengarungan dari daerah hulu yang tentunya mempunyai jeram-jeram lebih menantang dan kemiringan lebih ekstrem.

Karakter sungai daerah hulu yang sempit juga menambah cepatnya arus sungai dan menghadirkan jeram-jeram besar serta turunannya yang dapat menyebabkan perahu terbalik apabila telat bermanuver. Tidak salah jika arung jeram Batang Tarusan menjadi salah satu tempat arung jeram terbaik di Indonesia.

Adrenalin akan dipacu habis-habiskan ketika melewati jeram-jeram Batang Tarusan. Sepanjang pengarungan, wisatawan akan disuguhi pemandangan indah khas perbukitan yang terasa asri dan cukup terjaga kelestariannya.


SUMBER : Kumpulan Artikel - Tips


 

Sunday, 7 July 2013

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR SIRI 11/2013

SMK. SULTAN ABDUL AZIZ, T. INTAN
JULAI 2013
KEKUATAN : 80 PELAJAR
                       : 10 GURU
                       : 23 JURULATIH

AKTIVITI:   BERBASIKAL
                     OREINTEERING
                     ICE BREAKING
                     KEM KRAF
                     FLYING FOX
                     IKHTIAR HIDUP
                     KEROHANIAN
                     CERAMAH MOTIVASI
                     CARA MENYEDIAKAN LEMANG
                     MEMBAKAR LEMANG
                     AYAM PANSUH
                     LEMANG PELANGI







 




       



TERIMA KASIH BUAT SEMUA JURULATIH, GURU-GURU, PELAJAR DAN SESIAPA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEPANJANG KEM INI BERLANGSUNG...





SEHINGGA BERJUMPA LAGI...



Saturday, 6 April 2013

KEM PENDIDIKAN LUAR SM TEKNIK BRACH, IPOH

SIRI 4/2013 (05 - 07 MAC 2013


 

JUMLAH PELAJAR : 80 orang
GURU PENGIRING  : 7 orang
JURULATIH           : 20 orang

AKTIVITI :

1.  Kraf Perkhemahan
2. Flying Fox
3. Berbasikal
4. Low Element
5. Orienteering
6. Koperatif Games
7. Sembelihan
8. Ikhtiar Hidup (panggang ayam)
9. Kerohanian
  - Solat berjemaah
  _ Bacaan Yaasin



ONLY THE FITTEST CAN TOUCH THE CLOUD








Sunday, 31 March 2013

SURVEY KAYUHAN T. BALAI - MEDAN - T. BALAI







Tarikh : 26 - 29 Mac 2013
Lokasi : Bagan Datoh - T. Balai - Tebing - Galang - Medan


Alhamdulillah, 3 orang JU Pusat Kokurikulum Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar (PKNCKK) berjaya membuat tinjauan trek berbasikal bermula di Tanjung Balai Asahan hinggalah ke Medan. Tinjauan ini menggunakan laluan feri Bagan Datoh - Tanjung Balai yang masih baru beroperasi (sekitar 3 bulan).

Secara keseluruhannya, tinjauan yang di buat adalah untuk mengetahui berkenaan :

1. Trek yang paling sesuai
2. Pengangkutan pesrta serta basikal
3. Penginapan dan makan minum
4. Budget
5. Keselamatan

ONLY THE FITTEST CAN TOUCH THE CLOUD



Monday, 18 March 2013

TIPS DAN TEKNIK BELAJAR CEMERLANG




Perkara yang paling utama disemat kemas-kemas di minda adalah, belajar itu menyeronokkan. Apabila belajar itu aktiviti yang seronok, maka secara automatik, banyak masa akan diperuntukkan untuk melakukannya. Sekaligus, anggota fizikal dan rohani akan turut sama gembira sepanjang waktu belajar tersebut.


Niat 

Sebelum memulakan sesi belajar, niatlah di dalam hati belajar kerana Allah. Malahan menimba ilmu adalah cabang perjalanan yang mesti dilalui oleh setiap orang untuk mencapai apa jua yang diinginkan di dunia, lebih-lebih lagi akhirat. Seperti kata Imam Asy-Syafie', "Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu."
Ilmu yang akan memandu kita nanti, dengan ilmu juga manusia itu dimuliakan. Ilmulah yang akan menjaga kita, berbezanya ilmu dengan material  dan wang-ringgit yang menuntut kita menjaga mereka.

TEKNIK

Pelbagai teknik belajar yang boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Antara teknik yang dicadangkan dan dapat kami kumpulkan di sini adalah daripada amalan adik Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM yang mendapat 17A1 pada tahun 2005 dan Teknik 5R-STUV.

Tip Mengingati Formula & Fakta
  • Buat nota ringkas
  • Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk baru
  • Wujudkan kata kunci
  • Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  • Buat latih-tubi, lama-kelamaan mudah untuk mengingat.
  • Ulangkaji di rumah secara berterusan (istiqomah).
Tip Menguatkan Ingatan

  • Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
  • Berfikiran positif.
  • Fikir perkara berfaedah saja
  • Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda.
  • Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
  • Jangan minum minuman bergas.
Langkah Mengulangkaji Pelajaran
  • Semak sekali-lalu bab yang hendak di ulangkaji.
  • Baca tajuk besar terlebih dahulu.
  • Kemudian, baca tajuk kecil.
  • Teliti dan cuba fahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera dalam bab tersebut.
  • Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk, teliti isinya secara terperinci, tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau boleh juga dibuat peta minda dalam buku nota khas.
  • Cari atau reka sendiri kata-kunci.
  • Pada masa yang sama, cuba mengingat apa yang dibaca.
  • Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

SESI MELUAH KEMBALI

Poin penting yang menceritakan sesuatu meklumat diluahkan semula ke atas kertas. Di sinilah pentingnya setiap sesi pembelajaran, seorang pelajar itu diminta untuk bersama dengan paling minima, 3 perkara ini; sebuah buku, pen/pensil dan juga kertas. Kami ulangi, PALING MINIMA.
Ada beberapa teknik untuk meluahkan apa yang telah dibaca, antara yang boleh dipraktikkan adalah:

1.Peta Minda dan Warna-warni

Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut  teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses atau peristiwa.
Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar. Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.
Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji  dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan. Oleh itu, banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

2. Teknik 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonableness [jawapan berpatutan/sebaliknya]
6. S-sumarize [ringkaskan nota penting]
7. T-test your self [uji diri anda]
8. U-use [gunakan]
9. V-visualize [bayangkan selalu]

DEMI MASA

Hujung minggu hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu. Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di samping itu, gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

Fungsi Ulangkaji

  • Memantapkan ingatan
  • Mengukuhkan kefahaman
  • Menambahkan keyakinan
  • Memberi latih tubi kepada minda
  • Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif

Kaedah Mengulangkaji Yang Berkesan
  • Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu
  • Buat kerja rumah dengan cepat dan jangan bermalas-malasan.
  • Banyak buat latihan
  • Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama.
  • Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa.
  • Guna masa prime time untuk ulangkaji mata-pelajaran yang susah.
  • Gerak-kerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.


PENUTUP

Sebagai penutup ingatlah tertib sebagai seorang penuntut ilmu dengan memulakan sesi belajar dengan doa disertakan niat yang benar untuk belajar. Kemudian, aturkan sasaran, cita-cita dan matlamat untuk dibawa ke mana ilmu yang dipelajari. Oleh itu, rancangan atau pelan tindakan yang khusus sepatutnya telah digarap untuk menuju ke arah matlamat yang diinginkan. Orang sekarang duk kata, Plan your work, and work your plan.
Sesungguhnya seorang ilmuan yang cemerlang adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik dalam mentaati, meyakini dan mencintai ilmu disertai dengan usaha yang berterusan (istiqomah) dalam menuntut dan menyebarkan ilmu di jalan Allah.



Wan Siti Farizan Mohamed Rani
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan, USIM



Tutor Akademi Infitah