SELAMAT DATANG

Tuesday, 24 September 2013

GUNUNG BUBU (KUALA KANGSAR, PERAK)











 

Gunung Bubu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.












TREKKING ROUTE

Pendaki boleh mendapatkan perkhidmatan Bas dari Kuala Kangsar untuk ke checkpoint yang pertama. Pendakian bermula dari Taman Rekreasi Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak iaitu berdekatan dengan Kem Biro Tata Negara. Perjalanan menuju ke Kem Sg Gading mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pendaki boleh bermalam di situ dan kem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa. Hari seterusnya, pendaki boleh meneruskan pendakian sehingga ke Puncak Gunung Bubu di mana ia memakan masa 4 hingga 5 jam. Perjalanan tersebut juga akan melalui punca air terakhir (Last Water Point) dan pendaki boleh mendapatkan bekalan minuman di lokasi tersebut. Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil dan pendaki boleh bermalam di Kem Batu Dinding yang kira-kira 15 minit perjalanan dari puncak. Untuk pendakian ke puncak, pendaki juga boleh meninggalkan haversack di Kem Sg Gading dan hanya membawa daypack. Perjalanan turun dari puncak ke Kem Sg Gading memakan masa 2 hingga 3 jam. Pendaki boleh bermalam semula di Kem Sg Gading atau terus ke kembali ke tempat mula pendakian di mana ia memakan masa 3 hingga 4 jam


KEMALANGAN

Pernah berlaku kemalangan di mana pendaki yang bermalam di puncak Gunung Bubu di panah petir sehingga menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, pendaki dinasihatkan untuk tidak bermalam di puncak sebaliknya boleh bermalam di Kem Sg Gading ataupun Kem Batu Dinding.


 *** Sila emailkan kepada pknckualakangsar@gmail.com untuk khidmat nasihat dan keterangan lanjut...





                   ------------------- SAVE OUR NATURE ------------------------








Sunday, 22 September 2013

KEM KEPIMPINAN DAN DAKWAH UNIT BERUNIFORM

SK. KAMPUNG BAHAGIA DAN SK. PENGKALAN
TELUK INTAN, PERAK
SIRI 12/2013

Jumlah pelajar   : 160 orang
                              Pelajar tahun 4 - 6

Guru                    : 24 orang
Jurulatih              : 30 orang

 
 AKTIVITI:

Kraf Perkhemahan
Oreinteering
Berakit di Sg. Perak
Ikhtiar hidup
Qiamullail
Bacaan yaasin dan solat berjemaah 5 waktu 
Ceramah Motivasi
Permainan Koperatif
Flying Fox
Aktiviti Low Element

PENGHARGAAN :

KEPADA PUSAT KOKURIKULUM NEGERI PERAK (PKNP), KETUA JURULATIH PKN, RAKAN JURULATIH YANG BERTUGAS, STAF PKN YANG BERDEDIKASI, GURU-GURU PENGIRING SERTA PARA PESERTA KEM SIRI 12/2013...

TERIMA KASIH DAUN KELADI..