SELAMAT DATANG
Thursday, 31 July 2014
BACKPACKERS 2014 (PENANG - SILAU DUNIA - MEDAN - BANDA ACHEH)
Tarikh : 08 - 12 DISEMBER 2014
Perjalanan pergi (sehala):
Jalan pantai sekitar 9 jam 30 minit.
Jalan taman nasional Gunung Lauser sekitar 15jam 30 minit
Insya Allah makanan dan minuman sepanjang di Acheh dijamin halal
terdapat juga tempat-tempat membeli belah di sekitar banda Acheh walaupun tidak semeriah di Bandung, Bukittinggi mahupun Medan
Pergerakan yang dirancang:
07.12.2014 : Berkumpul dan bermalam di Kuala Kangsar
08.12.2014 : Bergerak ke International Airport Bayan Lepas
Berangkat ke International Airport Kuala Namu, Medan
Bersama Pak Samsul ke Banda Acheh
Jangkaan sampai sesudah magrib (check inn)
09.12.2014 : Pengembaraan Acheh
Tempat-tempat sejarah Tsunami
Menyampaikan sumbangan
Shopping
Cenderahati (Rencong) insya Allah
PETA RUJUKAN:
PETA PERJALANAN KUALA NAMU - MEDAN - BANDA ACHEH
10.12.2014 : Bertolak ke Kota Medan
Check inn
11.12.2014 : Rayau2 Kota Medan
Bertolak ke Perkebunan Silau Dunia (Desa, Buang Jin, Gudang Garam)
Bermalam di desa
12.12.2014 : Bergerak pulang ke Malaysia
LINK PENTING UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN:
BACKPACKERS MEDAN-ACHEH
KEMBARA KEINSAFAN ACHEH
TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI ACHEH
BANDA ACHEH BACKPACKER GUIDE
Istana Maimun (Kota Medan)
Sumber GAMBAR 1,2,3 DAN 4: nota-kembara.blogspot.com
Saturday, 26 July 2014
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PKNC KUALA KANGSAR (14 JULAI 2014)
Ketika rakan taulan dan sahabat handai serta semua umat islam sedang tekun dan ceria menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan, bagai halilintar membelah bumi berita penutupan PKNC KUALA kangsar oleh YB Ketua Unit Pusat Kokurikulum Perak. Walaupun pengumuman itu agak kebudak-budakan tanpa sebarang siaran rasmi atau perjumpaan rasmi atau apa2 yang rasmi, namun yang berkuasa tetap berkuasa. Sekadar SMS atau Panggilan telefon sahaja sudah dikira `rasmi`.
14 Julai adalah tarikh keramat di mana para jurulatih yang pernah bermandi peluh, bersengkang mata dalam merealisasikan sebuah kem pendidikan luar. Mereka berkumpul kembali mengenang dan bersilaturrahim buat kali terakhir sebagai jurulatih pknc kuala kangsar.
Sememangnya jarang berlaku kebaikan dibalas dengan kezaliman, namun kadangkala tetap berlaku sesuai dengan keadaan para yang berkuasa. Hanya Yang Maha Berkuasa Allah sahaja yang mampu membalasnya.
KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENAIKKAN DAN MENJATUHKAN PKNC KUALA KANGSAR, TERIMA KASIH DIUCAPKAN. HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA.
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI BEKAS-BEKAS JURULATIH PKNC KUALA KANGSAR
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Thursday, 12 June 2014
CABARAN PERAK 2014
CABARAN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2 (TELUK BATIK DAN PULAU PANGKOR, PERAK) 17 - 21HB JUN 2014
Kuala Kangsar telah menghantar kontijen seramai 12 orang untuk cabaran peringkat negeri perak. Alhamdulillah 8 daripada mereka telah dipanggil semula untuk pemilihan semula. Alhamdulillah 2 orang telah terpilih untuk mewakili perak bagi acara kayak. Mereka ialah:
1. THIRTHANAH A/P BASKARAN (SMK. METHODIST, SG. SIPUT (U)
2. NATTAWYN A/L SU WIT (SMK. METHODIST, SG. SIPUT (U)
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih, kepada yang tidak berjaya insya Allah, peluang akan tiba sekira anda tidak berputus asa dan terus mencuba yang terbaik...

Tuesday, 20 May 2014
BETONG, THAILAND CHALLAGE 2014
WAKIL PKNC KUALA KANGSAR
1. AKMAL NIZAM BIN SALLEH
2. MOHD AZRAI
*** En. Akmal terpaksa pulang awal sebelum pertandingan (sesudah bergambar dengan cabenor wilayah Yala) kerana mendapat arahan terkini untuk mengiringi pelajar ke kem kebangsaan . Namun pelumba tunggal pknc (Azrai) tidak mengecewakan kerana berjaya menghabiskan cabaran Piyamit dan kebun bunga (hampir 80% mendaki curam). Selain itu, beliau juga berjaya mendapat kedudukan ke 64 keseluruhan dari hampir 600 orang peserta.. tahniah..
EKSPEDISI PANGKOR 2014
CABARAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK
PESERTA KUALA KANGSAR
SMK. METHODIST : 6 ORANG
SMK. TOK MUDA : 2 ORANG
SMK DATUK WAHAB : 2 ORANG
SMK. RLKT LASAH : 2 ORANG
PENCAPAIAN :
EKSPEDISI BASIKAL BUKIT :
Lelaki : Tempat Kedua dan Keempat
Perempuan : Tempat Kedua dan Ketujuh
BASIKAL UJIAN MASA
Tempat kedua keseluruhan
KAYAK PECUT
Tempat kelima
EKSPEDISI KAYAK
Tempat kedua keseluruhan
CABARAN PANGKOR
Tempat ketiga keseluruhan
IKHTIAR HIDUP
Tempat ketiga keseluruhan
KUALA KANGSAR DINOBATKAN TEMPAT KETIGA KESELURUHAN DARI 10 DAERAH YANG BERTANDING...
TAHNIAH KUALA KANGSAR, SEMOGA TAHUN DEPAN AKAN LEBIH CEMERLANG...

Thursday, 20 March 2014
SEARCH AND RESCUE 4 PELAJAR VOKASIONAL HILANG DI GUNUNG BUBU
Kumpulan SAR Pusat ko-kurikulm Negeri Perak diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak untuk turun membantu dalam tragedi kehilangan 4 orang pelajar Kolej Vokasional, Padang Rengas. Mereka di laporkan hilang ketika perjalan turun dari puncak Gunung Bubu pada 16 Mac 2014..
Seorng Ketua Unit, dan seorang Penolong Pengarah serta 8 orang jurulatih PKN perak telah dipilih untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat ini bersama pasukan Bomba, Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Pertahanan Awam dan banyak lagi NGO dan orang persendirian yang turut membantu.
Dalam tragedi ini, Dua dari empat pelajar ditemui selamat dan dalam keadaan yang sihat, manakala 2 orang lagi ditemui telah meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.
Kedua-dua pelajar tersebut (Adam dan Amir) telah dikebumikan pada malam mereka ditemui di kampung halaman masing-masing (salak, kuala kangsar dan Sauk, Lenggong). Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orng-orang yang beriman. Kepada kaum keluarga mangsa, semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran. UNTUK ADIK ADAM DAN AMIR.... AL-FATIHAH.....
Kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam operasi ini diucapkan tahniah dan semoga segala usaha dan titik peluh anda dicatat dengan kebaikan oleh Allah s.w.t....

Subscribe to:
Posts (Atom)