1. LATAR BELAKANG
Pendidikan Bertaraf Dunia adalah wawasan pendidikan yang membawa makna yang amat
besar selaras dengan kemajuan negara dalam menempuh abad ke 21. Abad yang bercirikan
dengan kemajuan ekonomi, infrastruktur, sains, teknologi dan pembangunan yang amat
pesat. Kecanggihan teknologi dan kemodenan pembangunan tidak semestinya memberi
kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran dan ketaqwaan kepada manusia khasnya, para
pelajar. Isu-isu seperti pencemaran alam, kepincangan sosial di kalangan remaja dan
peningkatan kes-kes penyakit hipokinetik adalah masalah yang perlu dipandang berat serta
ditangani pada peringkat awal melalui proses pendidikan.

Pendidikan Luar adalah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
amat berkesan bagi membantu mengatasi menangani isu-isu tersebut dari peringkat awal
kehidupan. Pemanfaatan persekitaran dan alam semulajadi sebagai makmal hidup
mampu menyumbangkan maklumat dan kemahiran yang berharga untuk membantu
merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan serta menjana ‘Modal Insan’.

Pendidikan Luar ini menitikberat nilai-nilai pendidikan, kerjasama dan perpaduan dalam
membentuk jatidiri dan semangat patriotisme. Aktiviti-aktiviti yang dirancang secara
sistematik ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengalami sendiri keadaan
yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti toleransi, sabar, tolak ansur, tolong
menolong, berdisiplin dan sebagainya malah ianya dapat menyediakan generasi remaja
ini menghadapi gelombang globalisasi

2 . RASIONAL
2.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara sistematik ini bukan sahaja memberi peluang
kepada pelajar mengalami sendiri keadaan yang membuktikan pentingnya sifat mulia
seperti toleransi, sabar tolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan sebagainya malah ianya
dapat menyediakan generasi yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan secara tidak langsung
akan menjadikan kepada kecemerlangan negara dan bangsa menjelang tahun 2020.

2.2 Merealisasikan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memberi banyak peluang
kepada murid-murid untuk mendapat pengalaman dan kemahiran baru melalui aktiviti-
aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah rendah sebagai langkah menjana pembangunan
kemanusiaan yang bersepadu dan menyeluruh.

3. MATLAMAT
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang aktiviti-aktiviti Pendidikan
Luar yang terancang dan tersusun dapat membantu dalam usaha membentuk generasi yang
berguna di masa hadapan.
Luar yang terancang dan tersusun dapat membantu dalam usaha membentuk generasi yang
berguna di masa hadapan.
4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada para peserta melaksanakan aktiviti yang telah dipelajari.
4.2 Memberi pendedahan kepada para peserta untuk menjadi pemimpin.
4.3 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan integrasi pelbagai kaum.
4.4 Memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek pengurusan aktiviti yang terancang
dan sistematik.
dan sistematik.
4.5 Melatih peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan harian secara teratur dan berdisiplin.
4.6 Memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dan
bertolak ansur di antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu program.
bertolak ansur di antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu program.
5. TEMPAT
QUATERS GURU,
SMK SIMPANG BELURU,
33600 ENGGOR, PERAK
( QUARTERS GURU YANG TIDAK DIGUNAKAN)
6. KUMPULAN SASARAN.
6.1 Pelajar Sekolah Rendah
6.2 Pelajar Sekolah Menengah
6.3 Warga PPD Kuala Kangsar.
7. KOS / PEMBIAYAAN.
7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. KEPAKARAN / KEJURULATIHAN SEDIA ADA.
8.1 Jurulatih Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Perak.
9. PENGISIAN
9. 1 Kurikulum Teras
9.1.1 Pendidikan Agama / Moral.
9.1.2 Aktiviti Fizikal ( Kecergasan, Kawat, Permainan )
9.1.3 Pemupukan Semangat Patriotisme.
9.1.4 Motivasi ( Membina Matlamat, Gerak Kerja Kumpulan.
9.1.5 Khidmat Masyarakat.
9.1.6 Pendidikan Alam Sekitar ( Mengenal flora dan fauna, Pemeliharaan & pemuliharaan alam semulajadi )
9.1.7 Langkah-Langkah Keselamatan ( Bantu Mula, Ilmu Kebombaan )
9.2 Kurikulum Pilihan
9.2.1 Aktiviti Darat.
9.2.2 Perkhemahan.
9.2.3 Kawat.
9.2.4 Pengembaraan ( Treking, Orienteering, Pandu Arah, Menjejak )
9.2.5 Merentas Halangan.
9.2.6 Tali Temali. ( Simpulan & Ikatan, Rekreasi Tali )
9.2.7 Ikhtiar Hidup.
9.2.8 Jalan Lasak.
9.2.9 Mendaki.
9.2.10 ”Wall Climbing”
9.2.11Repeling / Flying Fox ( aktiviti aras tinggi )
9.2.12Aktiviti Di Air.
a. Keyakinan dan keselamatan di air.
b. Kayak.
c. Rakit.
9.2.13Keselamatan & Kecemasan
a. Pertolongan Cemas
b. Pemulihan Pernafasan
c. Keselamatan Jalan Raya
d. Ilmu Kebombaan
10. KEKUATAN
a. Mempunyai tenaga mahir yang terlatih dan diiktiraf.
b. Mempunyai ramai Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri.
c. Jurulatih mempunyai kepakaran yang pelbagai ( darat, air dan bilik darjah.)
d. Mempunyai tapak perkhemahan yang strategik dan selamat.
e. Mempunyai Bangunan Rumah Guru 4 tingkat yang boleh dijadikan Bilik Pengurusan, Penginapan dan pelbagai.
f. Terletak di kawasan yang berhampiran bukit, hutan, Sungai Perak, jalan utama, lebuhraya.
g. Berhampiran dengan Bandar Di Raja Kuala Kangsar yang mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti :
i. Galeri Sultan Azlan Shah.
ii. Masjid Ubudiah Bukit Candan.
Iii. Muzium Di Raja.
iv. Kilang-kilang membuat Labu Sayung.
v. Kolej Melayu Kuala Kangsar.
vi. Empangan Chenderoh.
vii. Jambatan Victoria .
viii. Pokok getah tertua di Malaysia .
ix. Jambatan Sultan Idris.
x. Dan lain-lain lagi.
h. Terdapat sumber asas seperti lektrik dan air.
i. Terletak di kawasan yang berpagar.
j. Terletak di zon tidak merbahaya sekiranya menjalankan aktiviti lasak / berbasikal.
k. Mempunyai Jurulatih yang memiliki Lesen Radio Amatur
No comments:
Post a Comment