OBJEKTIF
1. Sebagai panduan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti kerohanian dalam pendidikan luar selaras
dengan kurikulum pusat kokurikulum.
2. Untuk mengetahui,
memahami dan memilih aktiviti yang bersesuaian mengikut kumpulan
sasar.
3. Aktiviti yang
disarankan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
PENGERTIAN KEROHANIAN
Perkataan kerohanian ialah kata terbitan
daripada perkataan roh. Maksudnya
perihal tentang rohani. Perkataan rohani berasal daripada kata ‘ruh’.
‘Ruh’ dalam bahasa Arab ada dua pengertian; dalam pengertian
literaldiertikan pernafasan yang keluar dari jantung dan dalam pengertian
istilahialah al-Latifat al-Rabbaniyyat iaitu persediaan semula jadi yang
ada pada jantung untuk menerima dan melihat cahaya kebenaran dan hakikat
muthlak melalui mata hatinya. Jadi yang dikehendaki dengan kerohanian ialah
perkara yang berkaitan dengan batin manusia dalam hubungannya dengan Allah
s.w.t, kebersihan dan kekotorannya, sensitif dan tidak sensitifnya, menurun dan
meningkatnya dan sejauh mana komitmennya dengan hukum Allah s.w.t.
Al-Qur’an ada menggunakan istilah lain yang
mempunyai pengertian yang sama dengan roh
iaitu al-‘Aql, al-Qalb dan al-Nafs. Rasulullah s.a.w menyebut
perkara yang sama dalam Hadithnya dengan istilah Mudqhat iaitu Qalb (hati).
KELEBIHAN AKTIVITI KEROHANIAN DALAM PENDIDIKAN LUAR
1. Dapat menyediakan aktiviti yang
berhubungkait dengan naluri semula jadi manusia.
2. Dapat
menghindarkan daripada aktiviti yang melalaikan.
3. Dapat
menggabungjalinkan aktiviti lain dengan aspek kerohanian.
4. Keberkatan dari
Allah s.w.t. dalam setiap aktiviti yang dijalankan
5. Melahirkan
perasaan kasih dan sayang kepada agama.
JENIS-JENIS MODUL AKTIVITI KEROHANIAN
a. TERAS 1. Istinjak dan bersuci
2. Solat berjamaah
3. Santapan rohani (kuliah suboh dan maghrib)
4. Bacaan Yaasin , Tahlil dan Doa
5. Zikir, Selawat dan Doa
6. Penghayatan Al-Qur’an dan Hadith
7.
Rukhsah solat
8.
Adab Memotong Kuku
b. PILIHAN 9.
Panduan arah qiblat
10. Pengurusan Jenazah
11. Ibadat Haji
12. Sembelihan
13. Qiyamullail
14. Forum Ehwal
Islam
15. Kebudayaan Islam
CONTOH MODUL
MODUL 12
Tajuk : Amali
Sembelihan
Masa : 2 jam
Tempat :
Tempat lapang yang bersesuaian
Matlamat : Melahirkan pelajar yang perihatin
terhadap makanan yang halal dan baik.
Objektif :- Mendedahkan pelajar tentang teknik
penyembelihan yang tepat dan betul
mengikut syariat
Islam.
- melahir pelajar yang
berkebolehan menyempurnakan penyembelihan .
- melahirkan pelajar yang
mementingkan kebersihan dalam kehidupan kearah
kecemerlangan dunia dan akhirat.
Kumpulan sasar : pelajar
sekolah menengah
Peralatan :- pisau
sembelihan
- ayam / burung puyuh
- air
- alatan yang berkaitan
Personel :- Penyembelih
bertauliah
- Jurulatih / pembantu
- peserta
Sebelum aktiviti :- memastikan segala peralatan mencukupi
-
memastikan pakaian peserta bersesuaian dengan aktiviti
- membahagikan kumpulan untuk aktiviti.
Semasa aktiviti :- Dimulai dengan
bacaan Ummul kitab – Al-Fatihah.
- edaran borang penilaian sebelum aktiviti.
- Penerangan sembelihan
- Amali sembelihan
- Jurulatih membantu dan memantau aktivtiti
yang dijalankan.
Selepas aktiviti :- memastikan
segala peralatan yang digunakan dibersihkan dan disimpan
semula.
- membersihkan diri dan tempat yang digunakan.
- menguruskan binatang sembelihan untuk
masakan.
- edaran borang penialaian selepas aktiviti
- jurulatih membuat rumusan berkaitan aktiviti
yang dijalankan.
- ketua kumpulan melapor untuk menyampaikan
ucapan terima kasih kepada
penceramah
- diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah
al-Asr.
- pelajar beredar dengan tertib sambil
berselawat dan bersalaman.
MODUL 15
Tajuk : Malam
Kebudayaan Islam
- Nasyid
- Pentomen
- Puisi / sajak Islam
- Alat musik Islam
Masa : 2 jam
Tempat :
Kawasan perkhemahan yang sesuai.
Matlamat : Pelajar dapat
memahami konsep hiburan dalam Islam
Objektif :- mendedahkan
kepada pelajar jenis hiburan yang dibolehkan dalam Islam
- mengisi naluri semula jadi manusia dengan
hiburan yang terkawal
- melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.
Kumpulan sasar : pelajar
sekolah rendah / menengah
Peralatan :- kompang
- tamburin
- bonggo
- kompang Iran
- P.A sistem
- kanopi
- bahan edaran
- karoeke
Personel :- ketua
aktiviti
- Jurulatih
- kumpulan persembahan.
- peserta
Sebelum aktiviti:- memastikan semua kelengkapan / peralatan ada.
- memastikan setiap kumpulan telah bersedia untuk persembahan
- memastikan setiap persembahan ada unsur
pengajaran.
- mengasingkan antara persembahan lelaki dan
perempuan
Semasa aktiviti :- dimulai dengan
bacaan Ummul kitab, al-fatihah
- edaran borang penilaian sebelum aktiviti.
- memastikan pengacara menghidupkan suasana
majlis.
- memastikan peserta dalam keadaan terkawal.
- memantau persembahan pelajar
- memilih persembahan terbaik untuk pemenang
(jika dipertandingkan)
Selepas aktiviti :- memastikan
semua peralatan disimpan semula.
- edaran borang penialaian selepas aktiviti.
- jurulatih membuat rumusan berkaitan aktiviti
yang dijalankan.
- diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah
al-Asr.
- memastikan pelajar beredar dengan tertib.
No comments:
Post a Comment