DEFINISI
Orienteering
ialah satu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas
dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah
ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas mukabumi, mengikut
susunan tertentu.
Satu sukan rekreasi yang
memerlukan pesertanya mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau
berlari, menempuhi pelbagai variasi rupabumi untuk tiba ke destinasi
yang telah ditetapkan. Di dalam pergerakan ke beberapa destinasi yang
dikenali sebagai Titik Kawalan. Peserta adaah bebas untuk memilih
laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.
Orienteering
merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil berlari.
Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengambil masa yang lama untuk
berfikir bagi mengatasi masalah pergerakan anda. Ini adalah kerana
matlamat larian di dalam orienteering adalah untuk melawati kesemua
titik kawalan dalam masa yang singkat.
Orienteering
bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti
aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan elemen yang
penting di dalam orienteering memandangkan anda perlu menentukan laluan
yang terbaik.
Aktiviti ini merupakan sesuatu
yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik terhadap laluannya
dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang perlahan
lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan peta dan
pemilihan laluan.
SEJARAH ORIENTEERING
Mula
diperkenalkan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan
kemudiannya Major Ernst Killander mempopularkan sukan orienteering
kepada orang awam.
Pada tahun 1961, Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF)
ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria,
Czecholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur,
Norway, Sweden dan Switzerland.
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Orienteering
mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan
Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudiannya pada tahun 1986
Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ditubuhkan. Pada tahun 1988, Persatuan Orienteering Kuala Lumpur telah
mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama.
Walaupun
sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai
badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan
dunia orienteering di peringkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk
memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF
pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah
badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalam IOF.
Pada
tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan
Orienteering Malaysia (MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaras dan
mengawal segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai
satu badan yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan
mempunyai 6cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Selangor, Pulau Pinang Kedah, Trengganu dan Johor.
JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat beberapa jenis aktiviti dalam Orienteering :-
Orienteering Merentas Desa (Cross Conutry Orienteering)
Orienteering
Merentas Desa ini juga dikenali sebagai Acara Klasik ( Classic Event).
Di dalam acara ini, peserta dimestikan melawat kesemua titik kawalan
menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat
kesemua titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal.
Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupabumi yang pelbagai.
Format ini sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta akan
menghadapi cabaran yang hampir sama.
1. Orienteeing Bermarkah (Score Orienteering)
Dalam
Orienteering jenis ini, banyak titik kawalan yang disediakan di mana
setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu berghantung kepada
jarak dan kesukaran teknikal. Peserta bebas memilih mana-mana titik
kawalan untuk dilawati, walaubagaimana pun masa dihadkan oleh penganjur
dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi had masa yang ditetapkan
akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur.
Matlamat
Orienteering Bermarkah adalah untuk mengumpul mata yang terbanyak
dengan melawati seberapa banyak titik kawalan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Format ini sesuai dijalankan untuk peserta baru kerana
penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawati salah satu titik
kawalan. Peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri
dalam keadaan masa yang terhad.
2. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Walaupun
dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi aktiviti ini tidak
dijalankan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan
perumahan. Penanda kawalan tidak digunakan sebaliknya peserta perlu
mencatiti butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan
seperti nombor pili bomba dan sebagainya.
3. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering
ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang agak
jauh. Acara ini juga boleh dijalankan melebihi dari satu hari dan
peserta dikehendaki membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format
ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang tinggi
memandangkan landasan yang mencabar serta memerlukan kemahiran navigasi
dan daya keyakinan yang mantap.
4. Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering
Malam dijalankan di kawasan yang terbuka seperti di taman-taman tasik
dengan jarak yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta masa
yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari
penanda kawalan.
5. Orientering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Acara
Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4
orang. Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum
digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah
ditetapkan. Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang
berbeza.
6. Norweigian Event
Acara
Norwegian adalah satu acara yang diguanakan bagi menyediakan satu
landasan yang panjang dalan kawasan yang kecil atau sempit. Peserta
dibenarkan menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama
sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta
akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua pula dari satu peta
yang disediakan. Proses ini akan berterusan sehingga peserta tiba di
tiik penamat.
VARIASI ORIENTEERING
Sukan
Oreinteering dilakukan secara berlari atau secara berjalan. Walau
bagaimanapun, orienteering turut dilakukan di dalam beberapa variasi
mengikut kesesuaian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering
dilakukan adalah seperti berikut :
Ski Orienteering
Mountain Bike Orienteering
Canoe Orienteering
Trail Orienteering.
KEBAIKAN ORIENTEERING
Sukan untuk semua.
Meningkatkan Kecergasan Fizikal
Memberi Cabaran dan Keseronokan.
Meningkatkan Kecergasan Mental dan Daya Tumpuan.
Membina Keyakinan Diri dan Sikap Positif.
Persekitaran Yang Sihat.
Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta dan Kompas.
Memupuk Sifat Keberanian dan Ketenangan Di Dalam Keadaan Cemas.
KUMPULAN SASARAN
Orienteering
adalah untuk semua yang muda atau yang tua boleh menyertainya secara
berkeluarga atau hanya dengan berjalan sebagai satu bentuk riadah yang
ringan, sehinggalah kepada mereka yang benar-benar cergas yang ingin
meningkatkan kemahiran. Terpulang bagaimanakah caranya mengambil
bahagian – menyeronokkan dan walau apa pun cabarannya ialah untuk
menamatkan acara.
GELANGGANG ALAM SEMULAJADI
Biasanya
orienteering dibuat di kawasan hutan yang membolehkan anda berlari dan
bukannya hutan yang tebal lagi bersemak seperti latihan pandu arah. Di
Malaysia, kawasan yang paling sesuai ialah ladang getah ataupun ladang
kelapa sawit yang membolehkan anda berlari dengan baik serta memberi
anda pelbagai pilihan laluan. Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti
taman tasik juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru untuk mencuba
sukan orienteering.
No comments:
Post a Comment