SELAMAT DATANG

Friday, 17 August 2012

MODUL PENDIDIKAN MORAL PKNC KUALA KANGSAR



PENGERTIAN PENDIDIKAN MORAL

Perkataan Moral mengikut Kamus Dewan bermaksud ajaran atau pegangan bukan buruk, baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

Kesimpulannya, Pendidikan Moral membawa maksud suatu pendidikan atau ajaran yang mengelokkan perbuatan, kelakuan, sikap atau tingkah laku seseorang. Seseorang yang moralnya tinggi adalah orang yang baik akhlaknya.

KELEBIHAN AKTIVTIT PENDIDIKAN MORAL DALAM PENDIDIKAN LUAR.

1.      Dapat menyediakan aktiviti berkesinambungan dengan naruli semulajadi manusia.
2.      Dapat menghindarkan peserta dari aktiviti yang tidak sihat.
3.      Dapat menggabungjalinkan aktiviti lain dengan aspek moral / akhlak.
4.      Dapat membantu kearah pembinaan insan yang menyeluruh, harmonis dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5.      Dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta boleh memberi sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara.

JENIS JENIS MODUL AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL

1.      Cintakan Negara
2.      Bersatu Padu
3.      Kerjasama
4.      Hormat Menghormati
5.      Kebersihan.

Kaedah yang digunakan:

1.      Pidato
2.      Lakonan
3.      Permainan
4.      Sajak / Pantun
5.      Khidmat Masyarakat (Khidmas)



MODUL 1

Tajuk               : Cintakan Negara
                          Tajuk-tajuk pilihan
- Negaraku
                          - Perjuangan Kearah Kemerdekaan.
                          - Tanggungjawab Mempertahankan Negara.

Kaedah            : Pidato / lakonan
Masa                :  30 minit – 45 minit / 2 jam
                           - Antara solat maghrib – Isya’
                           - slot khas

Tempat             : Dewan
                          - tempat yang bersesuaian

Matlamat          : Melahirkan pelajar yang mencintai negara dan bersedia berkorban  untuk
  negara.
Objektif 
 :- mendidik pelajar mencintai negara.
- mendedahkan pelajar tentang erti kemerdekaan.
- menyedarkan pelajar tentang kepentingan mempertahankan kemerdekaan.

Kumpulan sasar           : pelajar bukan Islam menengah dan rendah
Peralatan          : - P.A sistem
   - alatulis
   - kertas majung
   - buku rujukan

Personal           : - Ketua aktiviti
                          - Jurulatih
                          - Peserta

Sebelum Aktivi:- Mengenalpasti lokasi yang bersesuaian.
              - Mengenalpasti jurulatih aktiviti
                           - Memastikan peserta berpakaian sesuai
                           - Memastikan peralatan / jurulatih mencukupi dan berada dilokasi.

Semasa Aktiviti:  - Memastikan semua peserta bersediakan untuk menjalankan aktiviti.
   - Ketua kumpulan melaporkan kepada jurulatih aktiviti.
                             - Jurulatih mengedarkan borang penilaian sebelum aktiviti kepada peserta
                             - Jurulatih memastikan semua peserta dapat mengikuti aktiviti yang   
                              dijalankan.

Selepas Aktiviti:  - Memastikan semua alatan yang digunakan mencukupi dan dikemas rapi
                - Mengedarkan borang penilaian selepas aktiviti kepada peserta
                             - Memberi rumusan berkaitan aktiviti yang dijalankan.
                             - Memberi ruang kepada peserta bersoal jawab dan menyatakan pendapat
                             - Ketua kumpulan melapor untuk bersurai dan menyatakan ucapan terima   
                               kasih untuk jurulatih.



MODUL 2

Tajuk               : Bersatu Padu
                          Tajuk-tajuk pilihan
 - Rakyat Bersatu Negara Maju
                           - Bersatu Teguh Bercerai Roboh
                           - Kebudayaan Antara Kaum
                          
Kaedah             : Lakonan / Pidato
Masa                :  2 jam

Tempat              : Dewan
                          Tempat yang bersesuaian

Matlamat          : Melahirkan pelajar
Objektif            :- Mendidik pelajar mengenal erti kebahagiaan
                           - Memupuk  pelajar menjadi rakyat yang berguna kepada negara
                           - Memupuk perpaduan antara kaum.
                         
Kumpulan Sasar: Pelajar bukan Islam menengah dan rendah
Peralatan          : - P.A sistem
                          - Alatan yang bersesuaian dengan tajuk lakonan.

Personal           : - Ketua aktiviti
                           - Jurulatih
                           - Juruacara majlis
                           - peserta

Sebelum Aktiviti: - Mengenalpasti lokasi yang sesuai.
   - Memastikan peralatan, jurulatih dan juruacara ada dilokasi
                             - Memastikan peserta berpakaian sesuai.

 Semasa Aktiviti: - Memastikan semua peserta bersedia untuk menjalankan aktiviti.
  - Ketua kumpulan melaporkan kepada jurulatih aktiviti.
                            - Mengedarkan borang penilaian sebelum aktiviti.
                            - Memastikan setiap peserta mengikuti aktiviti.

Selepas Aktiviti: - Memastikan peratan yang digunakan mencukupi dan disimpan.
  - Mengedarkan borang penilaian selepas aktiviti.
                            - Jurulatih membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.
                            - Ketua kumpulan melapor untuk bersurai dan menyatakan terima kasih
                              kepada jurulatih.
                            - Peserta beredar dari lokasi dengan tertib dan bersalaman sesama sendiri       
                              dan dengan jurulatih.



No comments:

Post a Comment