Mungkin
sebelum ini anda sudah merasakan bahawa telah mengamalkan diet yang
sihat tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Masalah ini
kemungkinan berpunca daripada makanan diet yang anda pilih. Ada
sesetengah makanan diet yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan
terhadap sistem tubuh anda malah ia mungkin hanya akan memberi lebih
kemudaratan sahaja. Antaranya adalah..
1. Diet soda - Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan
kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya
membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian
terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda
mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan
peningkatan terhadap berat anda.
2. Pemanis tiruan - Tidak kira samaada makanan atau minuman diet
yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula
tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda.
Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih
cepat lapar berbanding gula yang asli.
3. Diet makanan yang diproses/makanan ringan - Ramai yang
menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk
seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat
badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium
dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda
beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya,
dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.
4. Yogurt berperisa - Yogurt sememangnya pilihan makanan diet
yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya
dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan
berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia
mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.
5. Cip kentang - Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama
terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar
biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan
kalori nya pula akan berkurangan.
Sumber | hotreload2u.blogspot.com
No comments:
Post a Comment