SELAMAT DATANG

Monday, 10 September 2012

MAKANAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH



Terdapat 15 makanan yang dilarang jualannya di kantin-kantin sekolah seluruh malaysia. Larangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini bertujuan mengelakkan penyakit kronik, keracunan makanan dan obesiti. Diharapkan para pengusaha kantin dapat mematuhi arahan ini untuk kebaikan semua pihak.



Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pelajaran menegaskan ia tidak akan menyenaraikan 15 jenis makanan tidak sihat untuk dijual di sekolah sebagaimana diuar-uarkan hampir dua bulan lalu sebaliknya memperkenalkan garis panduan baharu jumlah kalori bagi keperluan pelajar.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, satu pasukan telah dibentuk oleh kementeriannya bersama Kementerian Kesihatan bagi menghasilkan garis panduan tersebut secara komprehensif.
Beliau bagaimanapun menegaskan, makanan yang telah dikenal pasti sebagai tidak sihat dan mempunyai pewarna tiruan, misalnya snek, masih dilarang untuk dijual di kantin.
"Menerusi pengenalan garis panduan baharu kalori ini, pelajar perlu memilih makanan terbaik berdasarkan garis panduan tersebut yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen MCA Terengganu di sini semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Isnin lalu bagaimanapun berkata, senarai 15 jenis makanan itu akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment